Thursday, July 24, 2008

Abang Pharo

Rupanya dunia ini kecil saja. Baru-baru ini saya dapat berjumpa kembali dengan Abang Pharo dan Kak Imah setelah 24 tahun tak berjumpa. Bayangkan 24 tahun tu beb. Lama giler!
Abang Pharo adalah ayah angkat saya semasa saya menuntut Di SMK Datuk Patinggi Haji Abd Gapor, Stampin, Kuching pada 1983-1987.
Semasa cuti penggal saya ditempatkan di rumah beliau di Petra Jaya, yelah nak balik tambang mahal, nikik belon.
Semasa Abg Pharo menghantar anaknya belajar Di UITM, saya sempat bertemu dengan beliau, isteri dan anaknya. Memamg ajaib, macam tak percaya jer.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada INTERNET, ye internet. Magic.................

Tuesday, July 15, 2008

Debat

Debat yang ditunggu-tunggu telah pun berlangsung. Tahniah pada AgendaDaily atas kejayaan menganjurkan debat yang seingat aku lah first time diadakan. Zaman Mahathir jangan harap.
Aku malas nak ulas panjang, MSM kata there is no clear winner, TIPU! Menipu jer kerja kau orang ni. Tak berkat wo rezeki asyik tipu jer, orang kampung pun boleh kau orang kelentong.
Aku tak faham kenapa VC UUM Tan Sri Nordin Kardi dipilih, bengap betul la mamat tu. What the hell are you trying to say? Mengelabah la lu dol, tak prepare lansung.
Komen aku patut diteruskan, lepas ni kita tunggu siapa lagi BN nak pilih.

Thursday, June 26, 2008

Spain, Cristiano Ronaldo & next season EPL

Aku meluat betul dengan Ronaldo, nak blah - berambus la cepat sikit. Dapat 50 million pound plus

Robinho & Sergio Ramos, not a bad deal. Aku rasa come next season he is Real player.
On this on going Euro 08, I bet Spain will be the champion. At least seronok la sikit, asyik dengar cerita Pak Lah, Mahathir, Anwar, RPK, sampai bila nak habis.
Cepat la sikit bulan Ogos, lama betul nak tunggu EPL start.

Monday, May 19, 2008

Idiots

What a week to remember.
I got to deal with a lot of idiots this week, 2 to be precise. 2 is a lot when comes to deal with 'them'.
Enough said.................

Tuesday, April 22, 2008

Politik memualkan

I got enough with politics, cukuplah. Tak larat nak baca, nak dengar apa-apa pasal politik.
Bosan................Tak habih-habih.
Semua nak jadi champion.
Lebih baik layan bola.
Tonite, my team akan turun padang lawan Barca. Pagi-pagi lagi jiran aku, Che Ramly cakap - 'Habisla Man, MU kalah........ha ha. Dia adalah ABU, Anything but United. Aku tahu perasaan dia, setelah Arsenal kalah pada MU 2-1. Confirm aku tengok malam ni.

Sunday, April 6, 2008

Aku bimbang beb

Manusia memang suka menyalahkan orang lain atas kekalahan, kesalahan atau apa sebab pun.
Memang sukar untuk mengakui kesalahan sendiri. It's all about ego, harga diri, susah sangat ker rendah diri, aku pun bingung.

Aku bukan orang UMNO atau penyokong parti ni, tapi aku orang Melayu. Aku perlu bimbang dengan nasib agama aku, agama aku. Apa akan terjadi pada nasib 3 orang anak aku nanti. Aku bimbang habis. Nak jadi macam Singapura ker?

‘Saya akan berhenti (bersuara) apabila mereka berhenti membuat perkara-perkara yang mungkin menjadi punca kekalahan BN,’’ katanya pada Majlis “Fikir-fikirkan bersama Tun” anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Cempaka, Bahagian Pandan di sini hari ini.

I really admire Tun Dr Mahathir. Walaupun aku pernah berpatah arang berkerat rotan dengan Tun dulu, tapi bila aku kenang balik, aku rasa dia ok. Ok in sense dia ni berani, belasah orang dengan selamba, without fear or favour. Tapi puak-puak dalam UMNO ni, susah sangat nak terima kenyataan. Sokong pemimpin membabi buta.

Sementara itu di Langkawi Bernama melaporkan, Dr. Mahathir berkata, kritikannya terhadap kepimpinan UMNO tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.

“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk Allahyarham kakaknya, Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut, Padang Mat Sirat di sini malam tadi.

Aku bukanlah fanatik sangat dengan Tun, tapi kita perlukan seorang yang brave enough to sedarkan yang di atas tu. Selain Tun, siapa lagi yang berani, cakap ngan aku.

Untuk Tun, teruskan mengkritik si dia tu. We need your voice.

Salam untuk semua.



Thursday, April 3, 2008

Kehidupan selepas UMNO tumbang

Diharapkan Pakatan Rakyat yang baru diwar-warkan akan live up to his name, jangan jadi macam Barisan Nasional. Janji lain tunainya lain, ingat resam hidup. Chiao