Sunday, April 6, 2008

Aku bimbang beb

Manusia memang suka menyalahkan orang lain atas kekalahan, kesalahan atau apa sebab pun.
Memang sukar untuk mengakui kesalahan sendiri. It's all about ego, harga diri, susah sangat ker rendah diri, aku pun bingung.

Aku bukan orang UMNO atau penyokong parti ni, tapi aku orang Melayu. Aku perlu bimbang dengan nasib agama aku, agama aku. Apa akan terjadi pada nasib 3 orang anak aku nanti. Aku bimbang habis. Nak jadi macam Singapura ker?

‘Saya akan berhenti (bersuara) apabila mereka berhenti membuat perkara-perkara yang mungkin menjadi punca kekalahan BN,’’ katanya pada Majlis “Fikir-fikirkan bersama Tun” anjuran UMNO Cawangan Pusat Bandar Cempaka, Bahagian Pandan di sini hari ini.

I really admire Tun Dr Mahathir. Walaupun aku pernah berpatah arang berkerat rotan dengan Tun dulu, tapi bila aku kenang balik, aku rasa dia ok. Ok in sense dia ni berani, belasah orang dengan selamba, without fear or favour. Tapi puak-puak dalam UMNO ni, susah sangat nak terima kenyataan. Sokong pemimpin membabi buta.

Sementara itu di Langkawi Bernama melaporkan, Dr. Mahathir berkata, kritikannya terhadap kepimpinan UMNO tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.

“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk Allahyarham kakaknya, Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut, Padang Mat Sirat di sini malam tadi.

Aku bukanlah fanatik sangat dengan Tun, tapi kita perlukan seorang yang brave enough to sedarkan yang di atas tu. Selain Tun, siapa lagi yang berani, cakap ngan aku.

Untuk Tun, teruskan mengkritik si dia tu. We need your voice.

Salam untuk semua.



1 comment:

Penabahari said...

Benar dik,
Kita bimbang nasib bangsa. Semoga pemimpin kita dikurniakan dengan kebijaksanaan untuk membolehkan bangsa bertahan dari asakan yg kian kencang.
Salam buat Farizul dan Famili.